Temberang Pemimpin Korea Utara Kepada Rakyatnya Dan Ini Apa Kita Perlu Tahu,.Temberang membolehkan rejim Keluarga Kim dapat bertahan hampir 70 tahun, sedangkan dari segi ekonomi ia serba kekurangan, dilanda kebuluran dan bergantung kepada bantuan asing. Tetapi melalui temberang (atau ‘propaganda’), Keluarga Kim masih dapat mempertahankan kedudukannya.

loading...


Tak perlu risau apa Duta Korea Utara cakap. Dalam dunia diplomasi, pertarungan diplomasi atau ‘diplomatic tussle’ itu biasa. Mula-mula Negara A dan Negara B kelihatan seperti tegang, tidak mahu bertolak ansur dan masing-masing berkeras kepala. Tetapi semuanya akan kembali ke normal selepas perundingan dibuat di belakang tabir. Wisma Putra tahu lah nak buat macam mana.
Selain penting untuk menjaga kepentingan negara, ‘diplomatic tussle’ juga penting untuk menjaga air muka negara. Soal air muka adalah sangat penting bagi sebuah negara seperti Korea Utara yang membina imejnya atas bohong dan khayalan, dengan kata lain, kuat temberang.
Temberang membolehkan rejim Keluarga Kim dapat bertahan hampir 70 tahun, sedangkan dari segi ekonomi ia serba kekurangan, dilanda kebuluran dan bergantung kepada bantuan asing. Tetapi melalui temberang (atau ‘propaganda’), Keluarga Kim masih dapat mempertahankan kedudukannya.
Pernah baca novel George Orwell berjudul ‘1984’? Yang mengaku ‘hipster’ mesti pernah baca. Dalam cerita fiksyen ini, Orwell menggambarkan sebuah ‘distopia’ (kata lawan kepada ‘utopia) di mana pemerintah bernama ‘Big Brother’ telah berjaya mengawal fikiran masyarakat melalui propaganda yang memutarbelitkan kebenaran, seperti ‘war is peace’ dan ‘freedom is slavery’. Korea Utara adalah contoh terbaik negara ‘Orwellian’, dan keluarga Kim adalah ‘Big Brother’-nya.
Mula-mula, propaganda Korea Utara bertujuan untuk memberi alasan mengapa Kim Il-sung layak memerintah. Dalam poster propaganda, Kim Il-sung sentiasa kelihatan muda, segak dan gagah. Poster muka anaknya (Kim Jong-il) dan cucunya (Kim Jong-un) juga diubahsuai untuk buang lemak supaya nampak lebih kacak.
Kerajaan Korea Utara mencipta mitos yang mengatakan Kim Il-sung adalah jelmaan dewa matahari (‘il’ 일 bermaksud matahari) dan hari kelahirannya (15 April) disambut sebagai ‘Hari Matahari’ (Taeyangjeol 태양절).
Kim Jong-il pula dikatakan sebagai jelmaan bintang ‘Gwangmyeongseong’ (광명성) yang lahir di Gunung Baekdu, gunung kudus menurut kepercayaan tradisi Korea.
Ini semua adalah untuk membangunkan pemujaan keperibadian (‘cult of personality’) yang menjadikan Kim Il-sung dan keturunannya sebagai idola untuk disembah.
Rakyat Korea Utara diajar untuk mengucapkan ungkapan ‘manse’ (만세 yang bermaksud ‘hiduplah 10,000 tahun’) kepada pemimpin mereka, satu gelaran yang tak pernah dipakai oleh Raja Korea sekali pun.
Dalam sejarah, Korea adalah sebuah tributari kepada China, jadi ia hanya menggunakan ‘cheonse’ (천세 yang bermaksud ‘hiduplah 1,000 tahun’) dan ungkapan ‘manse’ (‘mansui’ dalam Bahasa Cina) adalah untuk Maharaja China yang dianggap lebih tinggi daripada Raja Korea.
Kemudian, propaganda cuba membuat rakyat menerima pemerintahan Keluarga Kim buat selama-lamanya. Dengan itu, rejim Korea Utara mewujudkan pelbagai ‘feel good factors’ dan juga ‘fear factors’.
‘Feel good factos’ cuba menyakinkan rakyat melalui berita palsu bahawa pemerintahan keluarga Kim telah berjaya membuat Korea Utara negara yang paling kaya, makmur dan maju di dunia. Korea Utara lah pemenang Piala Dunia FIFA. Korea Utara lah negara pertama sampai ke bulan. Itu dah bukan yakin diri, tetapi ilusi dan syok sendiri.

loading...

0 Response to "Temberang Pemimpin Korea Utara Kepada Rakyatnya Dan Ini Apa Kita Perlu Tahu,.Temberang membolehkan rejim Keluarga Kim dapat bertahan hampir 70 tahun, sedangkan dari segi ekonomi ia serba kekurangan, dilanda kebuluran dan bergantung kepada bantuan asing. Tetapi melalui temberang (atau ‘propaganda’), Keluarga Kim masih dapat mempertahankan kedudukannya."

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close