Persiapkan Diri Dengan 7 Perkara Ini, Untuk Elak Diri Dari Menjadi Mangsa Pada Zaman ‘Scam’ Ini

loading...

Zaman kini semua orang berlumba-lumba untuk berniaga, jual pelbagai benda-benda baharu, ada di antaranya juga yang kiat sendiri tidak pernah dengar, dan dikatanya peroduk tersebut boleh ‘settel’ kan masalah yang dihadapi.

Namun begitu, ada yang mengambil kesempatan atas kepesatan produk yang ada, bak cendawan selepas hujan ini, dengan mengeluarkan produk ‘scam’, dan ini dilihat bahaya juga.

Sebelum menjadi mangsa mereka ini, lebih baik persiapkan diri, antaranya mengetahui cara untuk dari mereka ini, yang dikongsikan oleh saudara Edi Rozaidi. Mari kita ikuti perkongsian darinya.


Zaman Scam

Zaman ini zaman orang suka scam dan orang ditipu.

Mahu buat duit dengan cepat, dikatakan buat bisnes.

Sekarang ini musim gawat. Barang naik ekonomi tidak menentu.

Ini ada cara nak elak kena scam:

1) Sembang kuat

Kalau ada orang di laman sosial, gebang lebih pasal buat bisnes tapi tak pernah nampak dia bisnes apa, kemudian dia ajak join buat bisnes sama, itu scam.

Melainkan kalau dia ajak jual produk, kira jadi agen syarikat dia. Kalau MLM yang tidak suci ini, lari. Ciri MLM tidak suci, dia physco gila babeng, suruh meminjam untuk join bisnes dia.

Kemudian cara nak dapat duit kena cari orang lain guna modus operandi yang sama.

Orang macam ini, dia sembang kuat, cakap pasal duit pakai angka. "5 angka, 6 angka."

Cara nak balas orang macam ini, suruh dia sponsor kau join dia kemudian dia akan terkedu.

Oleh itu, kau cakap baik-baik dengan dia, "bro/sis, ini bisnes yang salah. Ia bukan bisnes yang sebenar. Sila insaf."

2) Fahamkan cara perniagaan yang betul

Fahami bisnes itu apa. Bagaimana operasinya. Syarikat kecil, besar, korporat. Enterprise, PLT, Sdn Bhd, kena fahamkan.

Bila dah faham ini, baru kita akan faham cara menggerakkan bisnes. Payah. Lagi senang makan gaji. Tapi bisnes ini, susah-susah tapi berbaloi dengan pulangan jika berintegriti, berdisiplin dan tidak pentingkan diri sendiri.

3) Fahami sistem ejen

Fahami sistem agen itu apa. Ini bagi mereka yang mahu jadi agen.

Kos permulaan itu pasti ada, tapi tidak banyak. Ia fokus kepada jualan produk, ada sokongan kumpulan, insiatif dan lain-lain.

Kadang-kala, jadi agen pun boleh untung besar jika kena dengan caranya.


4) Francais dan perlesenan, fahami dengan betul

Fahami Franchise dan Licensing dengan betul

Kedua-dua ini tiada yang salah. Asalkan anda faham kontrak dengan betul, lihat kemampuan.

Jika tidak mampu, jangan ambil. Kelak memakan diri.

5) Meniaga tepi jalan

Meniaga tepi jalan. Ini ada risiko baik dan buruk.

Paling mudah nak dapat info ini, tanya terus orang yang meniaga dan tanya juga PBT kawasan untuk persediaan rapi.

6) Ambil takaful untuk perlindungan

Elak menghabiskan duit dengan mengambil Takaful yang merepek. Jika ambil takaful, ambil untuk perlindungan. Jika ada pakej simpanan, pergi haji, tolong jangan percaya.

Fahami konsep takaful, ia perlindungan, dan ia juga dikira sedekah. Jadi jika nak buat simpanan, pergi melabur di badan pelaburan, jika nak pergi haji, kumpul duit di Tabung Haji.

7) Murah 

Rumah murah? Jika ia bukan lelong, subsales, atau baru, sila lupakan. Mana ada benda senang-senang mahu dapat rumah murah.

BACA: Jangan Menjadi Mangsa, Ketahui Bagaimana ‘Scammer’ Hartanah Boleh Menipu Anda, Dan Menyelamatkan Diri Dengan ‘Kambing Hitam’nya

Apa-apa pun, paling penting adalah banyakkan membaca, sembang dengan orang bisnes, tengok video yang memberi info.

Sentiasa update dan upgrade.

Jika dulu baca blog melayu, upgrade baca blog english.

Jika dulu makan nasi, teruskan makan nasi.

Bantu orang lain, orang lain akan bantu kita.

Sekian.

#GEMPAK VIRAL

loading...

0 Response to "Persiapkan Diri Dengan 7 Perkara Ini, Untuk Elak Diri Dari Menjadi Mangsa Pada Zaman ‘Scam’ Ini"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close