loading...
Saya tahu setiap rumah tangga ada dugaannya. Saya sudah berumah tangga selama 9 tahun dan dikurniakan 2 orang cahaya mata. Suami saya seorang yang penyayang, suka pada kanak-kanak dan sangat baik orangnya.
Pada Oktober 2015, saya diuji dalam alam rumah tangga. Suami tersilap langkah dan dia berterus terang dnegan saya kerana tidak sampai hati menipu saya lagi.
Suami berlaku curang pada saya. Dia berkenalan dengan seorang perempuan dalam permainan Clash of Clan. Setelah sebulan berkenalan secara online, mereka berjumpa buat pertama kalinya mereka terlanjur.
Perempuan itu seorang guru tadika, janda anak dua. Menurut suami, perempuan itu yang mengajaknya ke rumah dan membuka pakaiannya sendiri. Selang dua hari mereka terlanjur, suami rasa tidak tenteram dan disebabkan itu dia mengambil keputusan untuk berterus terang pada saya. Selain itu, dia juga telah memutuskan hubungan dengan perempuan berkenaan.
"Kenapa abang cari perempuan lain? Saya tak cukup ke bagi

bang selama ini? Saya layan abang tak cukup baik ke?" soal saya pada dia.
"Tak, semuanya cukup. Abang mengaku abang tersilap langkah," jawabnya.
Hari itu, hati saya terasa hancur berkecai. Saya minta suami lepaskan saya tetapi dia tidak mahu berbuat demikian dan merayu agar memberikannya peluang kedua.
"Kalau abang boleh putarkan masa, abang takkan buat perkara itu. Tetapi tak boleh," dia merayu dan menangis di depan saya.
"Abang lepaskan saja saya," saya ulang sekali lagi dan dia merayu berkali-kali.
"Kalau tak nak maafkan abang, tak apa. Tetapi jangan tinggalkan abang. Fikirlah demi anak," katanya.
Akhirnya saya memberi suami peluang kedua sebab saya sayangkan dia dan keluarga saya. Hari demi hari, setiap malam saya menitiskan air mata.
"Apa salah saya sampai suami saya buat perkara seperti ini?" keluh saya dalam nada kecil namun didengari oleh suami yang lantas menghampiri dan meminta maaf di atas apa yang berlaku.
Setiap kali saya menangis, setiap kali itulah suami akan meminta maaf. Dia berjanji tidak akan mengulangi kesilapannya lagi.
Berbalik kepada perempuan janda anak dua itu tadi, suami memberitahu ketika dia ingin memutuskan hubungan mereka, janda itu enggan menerima kenyataan.
"Oh, dah lepaskan nafsu pada badan saya, terus nak tinggallah ye?" katanya.
Suami saya meminta maaf padanya di atas apa yang berlaku. Namun janda itu meminta suami saya jadikan dia sebagai isteri nombor 2. Tetapi suami kata perkara itu tidak mungkin akan berlaku.
"Kalau saya berpisah dengan isteri saya pun, tidak mungkin saya akan memilih awak," kata suami pada perempuan itu.
Kata-kata suami saya itu membuatkan janda itu berang dan mengugut suami saya.
"Apa-apa yang terjadi pada saya, awak akan bertanggungjawab! Saya takkan lepaskan awak sebab saya sayangkan awak," kata janda itu.
"Tidak, lupakan saja saya. Hubungan kita sudah berakhir di sini. Perkenalan kita baru sebulan, mustahil saya sayang pada awak," kata suami.
Selang beberapa minggu kemudian, janda itu menghubungi suami saya dan meminta maaf. Katanya, dia tidak akan menganggu rumah tangga kami lagi. Suami pula mengambil keputusan untuk menukar nombor telefon baru dan berhenti main COC. Dia berjanji mahu menebus kesilapannya pada saya.
Sekarang, hampir 6 bulan telah berlalu. Mustahil saya akan melupakan peristiwa itu. Bila saya teringat, saya akan menangis. Saya cuba menerima dan redha serta anggap semua ini sebagai dugaan. Saya selalu berdoa andainya Allah sudah menetapkan ini ujian untuk diri saya, saya mohon diberikan kekuatan untuk menghadapinya. SAya anggap ada hikmah di sebalik apa yang berlaku.
Saya juga selalu meminta maaf pada suami andainya terkurang daripada saya dan pernah meminta suami melepaskan saya. Saya sayangkan awak wahai suamiku dan saya sayangkan keluarga kita. - Kisah Rumah Tangga

0 Response to "'Abang Dah Terlanjur Dengan Guru Tadika Itu' . Isteri yang tengah Mengandung akhirnya menemui ajal. INNALILLAH."
Post a Comment