Viral Pasangan Suami Isteri Jual Kek Sepotong Harga RM1, Ini Kisah Sebenar Yang Berlaku!

loading...
Penduduk Meru di Klang sanggup beratur panjang demi mendapatkan sepotong kek yang dijual sepasang suami isteri dengan harga hanya RM1.

Ahmad Nazrul Hud, 38, dan Rosazliza Ramli, 37, mempromosikan kek pelbagai perisa depan rumah di Taman Seri Puteri sempena musim perayaan atau cuti sekolah, bermula pukul 2 hingga 6 petang.
“Kawasan rumah saya dikategorikan sebagai luar bandar, jika harga yang kami letakkan mahal tiada siapa mahu beli,” kata Ahmad Nazrul.
“Oleh itu, saya dan isteri menjual kek dengan harga murah supaya orang tidak mampu pun boleh merasainya.”

 

Peniaga kek selama 14 tahun tahun itu berkata lebih 15 jenis perisa turut ditawarkan melalui Facebook serta blog kek dihatiku, paling laris “red velvet” dan “tiramisu”.
“Pelanggan saya bukan saja orang dewasa malah ada kanak-kanak yang berusia lapan tahun menjadi pelanggan tetap kerana harga yang ditawarkan boleh dimiliki oleh sesiapa,” katanya.

Bulan lalu, bekas jururawat muda dilaporkan meraih RM1,500 sehari dengan kek RM1 yang dijual di rumahnya di Kuala Terengganu.

Nadia Hazwani Harizan pada mulanya menjual RM5 sepotong namun menurunkan harga kerana permintaan merosot disamping “berniaga sambil beramal”.
loading...

0 Response to "Viral Pasangan Suami Isteri Jual Kek Sepotong Harga RM1, Ini Kisah Sebenar Yang Berlaku!"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close