loading...
Siapa sangka kehadiran Jep dalam arus media sosial mendapat perhatian ramai peminat kucing di Malaysia, Jep kini telah mempunyai pengikut di Fan Page FB melebihi 450,000 serta pendedahan media menjadikan Jep kucing selebriti paling popular di Malaysia.
Jep yang merupakan seekor kucing berbaka American Short Hair dimiliki oleh Nor Azwana Awang ini atau lebih mesra dikenali dengan panggilan Ummi menjadi kegilaan pengikut hingga sering menerima kunjungan tidak putus-putus dari “peminat” Jep.
Jom ikuti, kisah perjalanan hidup Jep oleh pemiliknya, Ummi...
Jep sekarang dah berumur 4 tahun. Sebenarnya Ummi dapatkan Jep di sebuah kedai haiwan peliharaan di Temerloh.
Kali pertama Ummi nampak Jep memang Ummi rasa nak memilikinya. Entah kenapa dari mata dan getarannya seolah-olah Jep mahu mengikut Ummi. Tanpa berfikir panjang Ummi membuat bayaran seterusnya dapatkan beberapa keperluan untuk Jep untuk memulakan hidup bersama keluarga Ummi.
Ada juga yang bertanya, kenapa Jep? Bukan si Belang atau Dody.. Hehe, semua orang pasti dapat meneka, sememangnya nama Jep ini sempena nama pelawak popular yang baru berkahwin dan Ummi juga meminati beliau, jadi apa salahnya Ummi letak nama Jep, apatah lagi nama itu pon senang dipanggil..
Dulu Ummi selalu ambil gambar Jep dan kongsikan di group kucing di Fb, lama kelamaan ramai pula yang enjoy dengan keletah Jep sehingga ada yang mencadangkan untuk Jep ada sebuah Fan Page. Ummi pon pada ketika ini hanya untuk bersantai-santai dengan peminat kucing dengan cerita komik Jep, tapi tak sangka pula pengikut Jep di page Oh My Jepsemakin bertambah.
Jadi sebenarnya pengikut bertambah dari semasa ke semasa sejak Julai 2014 lagi sehinggalah sekarang apatah lagi keluarga Jep seperti Kak Top dan Bita menceriakan lagi kisah hidup Jep
Ummi sangat bersyukur kerana Jep sangat mudah diuruskan. Sebab itu Ummi tak kisah untuk menerima kunjungan peminat Jep di rumah. Malahan Jep juga menerima kunjungan media dan vendor serata Malaysia.
Namun begitu, Ummi juga menghadapi sangat genting ketika bersama Jep. Pernah sekali Jep hampir mati kerana termakan rumput beracun di rumah jiran. Ummi sangat panik sama seperti pemilik kucing lain yang akan risau akan keadaan kucing kesayangan. Alhamdulillah, Ummi sempat bawa Jep ke klinik dan umur Jep masih panjang.
Pernah juga Jep hilang sebanyak 2 kali. Ummi tak putus-putus menerima PM dan komen dari peminat Jep yang mendoakan Jep ditemui kembali. Alhamdullillah sekali lagi, Jep berjaya ditemui.
Apabila Jep popular, Ummi pon menerima tempiasnya.. Kadang-kadang tu penat juga, tapi demi menjaga dan menghargai peminat Jep yang tidak putus-putus menyokong Ummi dan Jep, Ummi tetap gagahkan diri memberikan yang terbaik untuk Jep. Itu juga satu cabaran untuk Ummi apabila Ummi perlu menjaga Jep dengan baik demi peminat Jep tersayang.
Kerana populariti mendadak ini, Jep pernah menjadi tetamu jemputan untuk rancangan TV3 seperti Nona, Tonton (bakal ditayangkan), Selamat Pagi Malaysia dan beberapa akhbar dan majalah.
Jep juga sekarang menjadi duta produk kucing seperti Powercat (makanan kucing) dan VETACAT. (vitamin kucing).
Jep memang pengguna VETACAT sejak dahulu sebelum dilantik menjadi duta. Jadi apabila memikirkan yang VETACAT sangat baik untuk Jep, Ummi pon bersetuju untuk jadikan Jep sebagai duta VETACAT. Ummi tidak sebarangan menerima tawaran sebagai Duta, dan apa yang Ummi buat semua untuk kebaikan Jep dan rakan-rakannya yang lain.
Tiada apa yang Ummi harap dari peminat Jep melainkan sokongan yang berterusan dan mendoakan kesihatan Jep dan rakan-rakannya berpanjangan. Bagi yang belum mengikuti Jep boleh like page Jep, Oh My Jep .
Bagi yang bertanya dengan ummi, pm2 ummi tanya macammana nak beli VETACAT memang ummi tak sempat nak reply..
Kalau nak senang just pergi ke page Jooara Cat ya..Semua info pasal VETACAT EDISI JEP ada di situ..
loading...
0 Response to "Siapa Sangka 'Si Paus Berbulu' Ini Kini Berstatus Kucing Selebriti, Punyai Ramai Pengikut Dan Dilantik Menjadi Duta Produk Vetacat"
Post a Comment