loading...
Georgetown: Sebuah restoran nasi kandar terkenal di Pulau Pinang antara dua buah restoran yang diarahkan tutup dua minggu selepas didapati kotor dalam operasi di Jalan Penang, di sini, pagi tadi, lapor Harian Metro.
Ahli Majlis MBPP, Oh Ah Teong berkata, hasil pemeriksaan mendapati tahap kebersihan dua restoran berkenaan tidak begitu memuaskan dimana dibahagian dapur restoran berkenaan terdapat najis dan bangkai tikus serta lipas berkeliaran terutamanya di bahagian stor daput.
Operasi jam 10 pagi hingga 1 tengah hari itu membabitkan sepasukan 20 pegawai dan anggota Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).
Menurut beliau lagi, kes berkenaan seterusnya akan dipantau Jabatan Kesihatan Negeri Daerah Timur Laut untuk tindakan selanjutnya.
"Tindakan penutupan premis diambil mengikut Seksyen 11B Akta Makanan 1983 dan sabit kesalahan boleh dipenjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
"Kami turut mengeluarkan tiga kompaun berjumlah RM1,340 ke atas sebuah restoran nasi kandar kerana tiga pekerja tidak menerima suntikan selain perangkap serangga tidak berfungsi," katanya. - #GEMPAK VIRAL
loading...
0 Response to "UWEKKKKKK !!!! NAK TERMUNTAH , KORANG TENGOK LAAAA SENDIRI KALAU TAK PERCAYA...da Najis Dan Bangkai Tikus Dalam Dapur Tempat Memasak, Restoran Nasi Kandar Terkenal Antara Diarah Tutup"
Post a Comment