loading...
Kisah penceraian antara Zila Seeron dan pelawak Along Cham baru-baru ini menjadi bualan hangat dalam kalangan netizen.
Sekian lama menyepi, pelawak Along Cham secara terbuka berkongsi kisah hidupnya selepas kedua pasangan itu bercerai.
Sempena kedatangan tahun baru 2017, Along Cham kini membuka lembaran baru dalam hidup.
"Bagi yang tertanya tanya perkembangan peribadi saya, apa yang boleh saya katakan sekarang adalah syukur dan alhamdullillah.
"Saya sangat bersyukur atas segala nikmat dan ujian Allah ini. Saya yakin di setiap ujian itu telah Allah aturkan Rahsia yang istimewa untuk saya.
"Secara rasminya saya kini menetap di Johor Bahru dengan tugas tugas baru saya, namun saya tetap ke luar daripada Johor Bahru sekiranya ada undangan yang melibatkan karya seni saya.
"InsyaAllah saya juga sedang mempersiapkan diri untuk kemunculan Along Cham yang baru untuk 2017," jelasnya.
Antara langkah baru Along adalah bergelar penyampai radio iaitu di Best FM.
"Terima kasih kepada stesen radio yang berprestij di Johor ini kerana telah membawa saya bersama di dalam keluarga Best FM Malaysia.
"Saya akan ke udara setiap hari Isnin hingga Jumaat dari jam 6.00 pagi sehingga 10.00 pagi. Sokongan sahabat-sahabat media, peminat dan pendengar Radio Best FM Malaysia sangatlah saya harapkan supaya saya dapat berkarya dengan lebih kreatif dan berkualiti.
"InsyaAllah, saya akan cuba berikan yang terbaik untuk semua pendengar Best FM Malaysia. Tidak dilupakan terima kasih kepada partner konti saya yang sangat sempoi dan sangat komited iaitu DJ Zairi," terangnya lagi.
Semoga Along Cham terus sukses 2017 bersama Best FM. 😉😉
loading...
0 Response to "Selepas Bercerai Dengan Zila Seeron, Inilah Yang Terjadi Kepada Along Cham Diluar Jangkaan Ramai!"
Post a Comment