DAH SEDIA? SABAR ! NAH ,10 RAHSIA YANG AIR ASIA TAK NAK ANDA TAHU CARA DAPATKAN TIKET DENGAN MUDAH ! KONFEM DAPAT LA. OK. GOOD LUCK UTK MALAM NANTI YE. IKUT BETUL BETUL TEKNIK RAHSIA NI ....INSHAALLAH BERJAYA !

loading...


7 Tips Mudah Merebut Tiket Tambang Murah Airasia | Alhamdulillah .Minggu lepas ramai yang ambik peluang tempah tiket tambang murah Airasia . Rata rata ramai ambik penerbangan dari KL – KK – KL untuk bulan Oktober.
Tahniah dan terima kasih pada subscriber blog ni yang cepat response dengan email saya mengenai tiket tambang murah Airasia. Tiket murah ni selalunya limited jadi siapa cepat dia dapatlahkan ?

Kenapa nak tempah tiket tambang murah airasia ?

1.Mestilah nak save bajet ye tak ? Sekarang semua barang serba-serbi mahal. Nak dapat yang murah kena check dan survey banyak kedai baru beli.
Untuk tiket Airasia ni lebih  berbaloi buat tempahan melalui point redeem . Bila kita selalu travel kita akan dapat point terutama yang ada Big Shot . Airasia akan email pada semua pemegang Big Shot bila mereka ada buat offer. Jadi inilah peluang untuk redeem point .
Sama juga macam kita pakai kad Mesra , credit card dan macam-macam kad lagilah yang guna sistem point. Itu added value untuk semua pemegang kad yang setia bersama mereka.
2. Airasia dah memang satu dunia tau pelopor penerbangan tiket tambang murah.
Apa yang di janjikan oleh Airasia dalam tagline mereka ‘ Now everyone can fly’ memang menepati apa yang mereka janjikan.Saya dah lama tak naik MAS kecuali waktu masih kerja dulu. Sekarang naik Airasia ni pun dah untung banyak. Tak glamor naik low cost flight  tak apa sebab saya nak berjalan bukan nak glamor.
Memang ada cerita negatif tentang airasia memang tak saya nafikan tetapi  dalam dunia ni tak ada benda yang sempurna.  Selagi ia boleh mendatangkan manafaat ambik yang positif je.Penerbangan tambang murah seperti Firefly dengan  Malindo saya belum cuba begitu juga yang saya dengar tentang Flymojo dengan Rayani Air.

7 Cara nak dapat tambang murah Airasia

Oh ada banyak cara . Macam-macam cara boleh guna malah nak dapat free pun boleh. Saya tulis sikit kat sini sebab saya ada publish ebook untuk dapatkan tiket tambang murah.
1.Sign up sebagai subscriber Airasia .
Daftarlah sebagai ahli Airasia yang di kenali sebagai BIG SHOT ataupun Airasia Loyalty programme kerana kita akan selalu di update tentang promosi-promosi terkini mereka. Di sebelah kanan web Airasia ada di letakkan borang khas untuk kita daftar . Ada 2 pilihan dekat situ yang kita boleh pilih samada nak ‘ sign up now ‘ atau ‘ sign up with face book’.
Bila kita daftar sebagai member  BIG SHOT setiap kali kita melakukan tempahan peenrbangan kita akan dapat mengumpul point. Point ini boleh di tukar kepada tiket kapal terbang bila jumlahnya sudah melayakkan anda untuk dapat tiket secara percuma. Jika line handphone anda menggunakan line Tone Excel yang bernaung di bawah Tune Talk anda juga layak untuk dapat point yang boleh di masukkan ke dalam akaun BIG SHOT anda.
2.Tempah waktu malam selepas pukul 12 tengah malam  sehingga pukul 5 pagi.
Tengah malam orang dah tidur memang lebih mudah dan smooth aje bila buat tempahan.Kalau tempah tiket waktu sesak seperti pukul 7 pagi ke atas, tengah hari atau petang peluang nak dapat tiket tambang murah Airasia memang tipis. Kadang-kadang dah dapat tiket yang kita nak pulak masa nak bayar sistem payment dia hanged .
3.Clearkan cache selepas kita browse laman web 
Kalau kita tak sempat nak buat tempahan dan terpaksa masuk semula ke laman web Airasia selalunya harga yang di paparkan lebih tinggi dari harga yang kita dapat waktu mula-mula. Saya kurang pasti tetapi saya ada terbaca masalah ini di sebabkan cookies yang di pasang di laman web mereka.
Saya pernah cuba clearkan cookies atau clear cache di laptop dan memang ada masanya saya dapat semula harga tersebut. Tapi hari tu masa anak saya cuba buat tempahan ke Langkawi tak dapat pula. Boleh aje cuba cara ni kalau dah di tetapkan rezeki kita  tak ke mana.
4.Cari jadual penerbangan hari biasa dan bukan hari minggu
Kalau hari minggu flight biasanya susah nak dapat yang murah sebab itu hari orang keluar masuk kapal terbang lebih ramai. Hari biasa terutama hari Selasa, Rabu dan Khamis harga selalunya berbeza. Cuba perhatikan bila try buat booking kita akan nampak perbezaan harga yang ketara.
5.Kenal-kenal dengan kaki travel atau travel agent .
Traveller yang memang tegar berjalan ke sana-sini  dan kerap menggunakan Airasia juga satu kelebihan sebenarnya.Berkawanlah dengan mereka dan berkongsi kegembiraan kerana travel ni seronok.Kita mesti suka dapat bercerita dan berkongsi pengalaman dengan orang yang selalu travel.
Mereka ada banyak tips yang kita boleh tanya di samping mereka ini juga ada dapat privelege dengan Airasia.Travel agent pula membeli tiket secara in bulk. Sama macam peniaga lain travel agent pun serupa. Kalau anda kenal sesiapa boleh tanyakan tiket dan dapatkan harga murah .
6. Jangan beli tiket Airasia di kiosk atau kaunter di pusat membeli belah
Menempah tiket di kaunter yang anda biasa nampak di pusat membeli belah akan di kenakan bayaran pemprosesan kepada pihak agen di samping . Harga tiket yang di kenakan juga adalah harga biasa sahaja  . Adalah agak rugi kerana anda tidak dapat harga murah di sampaing membayar jumlah caj pemprosesan yang boleh di buat sebagai bayaran makanan di dalam kapal terbang.
7. Jangan bayar tempahan tiket guna kad kredit atau kad debit
Jika anda semak di laman web Airasia anda akan dapati Airasia mengenakan bayaran pemprosesan semasa anda mahu membayar tempahan tiket sebaik selesai semua urusan memasukkan butir-butir penumpang.
Tempahan menggunakan kad kredit , kad debit serta kad caj seperti American Express ( AMEX ) bayaran memproses tempahan menggunakan direct debit debit adalah sebanyak RM 8.48 termasuk GST dan ia adalah per guest (banyak tu kalau ramai ).
Manakala bayaran menggunakan debit ke akaun bank pula bayarannya lebih rendah iaitu RM 4.24 per booking. Banyak Airasia buat duit dekat sini atas alasan mereka telah banyak melabur menaikkan taraf perkhidmatan.
Satu cara paling bagus adalah menggunakan kad prepaid BIG Prepaid Master Card Airasia itu sendiri. Masukkan duit ke dalam kad tersebut dan anda bleh tempah tanpa sebarang bayaran pemprosesan tambahan di samping mendapat point yang saya nyatakan di atas tadi.Dulu-dulu ada di kenakan caj juga tapi sekarang dah tak ada.


Foto kredit Airasiabig.com

Ok saya bagi 7 tips dapatkan tiket tambang murah Airasia hari ni . Saya ada sediakan ebook cara dapat tiket tambang murah untuk penerbangan yang lain juga sebab low cost airline ni bukan Airasia sahaja dan kadang-kadang premiur airline seperti MAS juga ada kelebihannya yang tersendiri.

loading...

0 Response to "DAH SEDIA? SABAR ! NAH ,10 RAHSIA YANG AIR ASIA TAK NAK ANDA TAHU CARA DAPATKAN TIKET DENGAN MUDAH ! KONFEM DAPAT LA. OK. GOOD LUCK UTK MALAM NANTI YE. IKUT BETUL BETUL TEKNIK RAHSIA NI ....INSHAALLAH BERJAYA !"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close