loading...
Mungkin ramai di antara kita yang mana ingin menurunkan berat badan, Cuma bila berkaitan dengan senaman, atau diet, agak sukar untuk diikuti, dan kurang ilmu mengenainya.
Jika niat sudah ada, pastinya kita akan cuba belajar, dan mencari ilmu mengenainya, dan itulah yang dilakukan oleh saudara Zuriyadi Sarpin pada permulaan untuk menurunkan berat badan.
Jika sudah ada ilmu, barulah mengetahui cara yang betul untuk turunkan berat badan. Bagaimana caranya pula?
Mari kita ikuti perkongsian darinya.
Puan isteri terchenta tiba-tiba Whatsapp gambar. Dia kata,
"Maiigadddd terjumpa gamba ni, Anda buncit atau ape waktu ini? Hahahahah.." Siap gelakkan aku. Cisss!
Bila aku tengok balik aku pun rasa segan-segan aje nak tengok gambar tu. Tahun 2015 dengan berat 100kg! Mak aih, kau makan apa Yadi?! Hahaha.. Sejak itu aku insoofff...
1. Cari ilmu mengenai turunkan berat badan
Dan bermulalah aku study pasal calorie intake, study pasal portion makan, study pasal nak reduce carbo n study pasal diet sihat & diet atkins (Ini paling tak sesuai). 2 minggu aku study sungguh-sungguh. Habis semua blog pasal resepi diet aku baca. Waktu tu tetiba kenal Kevin Zahri la, blog Susu Sejatlah, Jordan Yeoh la.. Habis semua aku khatam.
2. Mula diet yang betul
Lepas 2 minggu apa yg kau perlukan adalah action! Dengan sedikit sebanyak ilmu didada maka bermulalah rutin diet sihat aku. Makan kalau dulu sehari 3x, bila diet ni aku tambah jadi 5x sehari. Kau pelikkan? Tujuannya untuk mengelak kau lapar dan hormon badan kau tak stabil akibat lapar. Haha...
Kalau dulu nescafe sehari 4x. Aku reduced jadi sehari sekali aje. Aku cut sugar sebanyak yang boleh. Coklat, jajan-jajan, gula-gula anak aku, ais krim dan segala mak nenek benda manis aku tolak ketepi (haramkan sekejap). Aku ganti dengan kekacang. Kalau nak rasa aku sekadar rasa aje.
3. Pengambilan nasi dalam kadar yang betul
Nasi kalau dulu 2 senduk tak sah siap bangun tambah, kali ni aku ambik cuma segenggam penumbuk aku untuk lunch & dinner. Ini azab sikit sebab 2-3 minggu pertama badan kau nak adapt dengan gaya pemakanan macamtu. Sekarang pulak bila nampak nasi penuh sepinggan terasa loya pulak tekak aku. Bukan hina nasi tapi automatik otak kau bagi signal yang badan aku tak perlukan nasi banyak tu. Aku amalkan diet dengan nasi sebab nasi adalah makanan ruji kita. Nasi tak bersalah! Haha. Aku lebihkan lauk macam biasa cuma beza dulu lauk lebih nasi lagilah lebih!
4. Sabar
Lagi 1 hujah aku adalah kau nak gaya hidup yang sihat berkekalan dan kau nak kurus lama tambah pulak kau memang pemakan nasi. Kalau kau amalkan diet atkins (0 carbs) kau akan kurus tapi masalahnya kau akan jadi gemuk balik sebab bila dah kurus kau mula nak makan nasi pulak. Ini akan menambah jumlah kalori secara tak langsung. Antara masalah orang kita adalah dia nak kurus cepat walhal dia lupa yang kegemukan itu bukan terjadi sehari dua. Dia makan masa jugak. Tak caya kau tengok gambar 2 tahun lepas kau dengan hari ini. Confirm lain! Jadi nak kurus ni kenalah juga makan masa. Sabar kunci utama dia.
5. Amalkan minum air kosong
Untuk pengetahuan kau tiada produk kuruskan badan pun yang wujud sebenarnya dalam dunia ini. Semua itu pembohong dan wajar dihukum rejam sampai mati. Hahahaha... Aku amalkan minum air kosong sebanyak mungkin (ikut keperluan badan jugak). Indikator dia haus aje minum.
6. Main gym
Selain dari amalan kat atas, aku dah start berjinak-jinak dengan gym. Masuk gym jadi blur aje sebab apa pun kau tak tau. Nak guna mesin semua ushar orang lain dulu. Haha... Aku ke gym untuk buat cardio seminggu 4x 1 jam setengah setiap sesi. Takde niat pun nak bersado-bodo ni. Tapi alang-alang kau dah ke gym takkan lah kau tak nak angkat dumbell or barbell kan? Kau perlukan 20 minit yang pertama untuk bakar lemak kau. Kalau kurang dari tu maknanya kau hanya bakar apa yang kau makan sebelum itu dan badan kau maintain macam itu je. Belajarlah pelan-pelan.
7. Teruskan rutin bersenam
Dipendekkan cerita, dari gemuk 100kg aku berjaya turun jadi 83kg dalam masa tak sampai 7 bulan. Exercise dah jadi rutin aku sampai wife aku pun terpengaruh ikut aku masuk gym jugak. Kalau dulu 100kg aku jadi agak malas dan badan rasa tak best selalu sekarang badan jadi ringan dan rasa energy level kau tembus siling kot. Kau jadi lebih tenang, rileks dan kurang nak naik angin. Sampai hari ini aku teruskan rutin exercise yang aku dah amalkan kat Dubai dulu. Bila dah 83kg aku rasa kurus sangat dan sekarang aku maintain berat jadi 86kg sahaja. Tak senang nak turun tapi tak mustahil.
Last pesanan aku, kau takyah tonyoh-tonyoh krim sapu kurus kekonon nak pecah lemak kat perutlah kat pehalah kat pipilah. Itu semua tahyul! Hahahah.. Lemak ni kau tak boleh pilih nak turun belah mana. Dia akan hilang secara sama rata sebenarnya. Jadi berusahalah. Hanya diri kau sendiri yang mampu mengubahnya. Ayat ni aku paling tak suka guna tapi kena guna jugak.
NO PAIN NO GAIN!
SLOW PROGRESS IS BETTER THAN NO PROGRESS!
GO WORKOUT!

#GEMPAK VIRAL
loading...
0 Response to "Isteri Gelak Bila Tengok Gambar Lama Waktu 'Buncit' Dahulu, Lelaki Ini Kongsi Kisah Bagaimana Turunkan Berat Badan Dari 100kg Kepada 83kg"
Post a Comment