7 Tip Oleh Pengurus Sumber Manusia Ini Boleh Bantu Anda Dapat Pekerjaan.... Diharap cadangan di bawah membantu anda yang mulia.

loading...



Saya faham zaman ini zaman yang mencabar. Memang ramai anak muda lepasan ijazah menghadapi kesukaran mendapatkan pekerjaan. Saya sendiri melihat jangankan graduan ijazah sarjana muda, pelajar Master juga menghadapi cabaran untuk memperoleh pekerjaan.
Maka, saya yang belum pandai ingin berkongsikan sedikit cara untuk membantu anda mendapatkan pekerjaan dan cara asas membina kerjaya. Diharap cadangan di bawah membantu anda yang mulia.

1. Mulakan Awal

Dalam kebanyakan masa, anak muda hanya mula serius mencari pekerjaan selepas konvokesyen. Ada yang lagi best siap rehat-rehat lepak di Krabi dan update Instagram seminggu dua.
Saya faham anda tentu ingin release tension setelah penat belajar bertahun-tahun kan? Tapi saya cadangkan risik kerja seawal tiga bulan sebelum tamat tahun akhir.
Ini kerana selagi hidup tiada istilah release tension. Kelak apabila penyata PTPTN datang di saat pekerjaan belum ada, tension anda akan kembali juga.
Bekerja dan kumpul duit dulu, barulah pergi release tension ke mana saja dan update-lah Instagram selfie di bawah pepohon kelapa.

2. Resume Adalah Cinta Pandang Pertama

Saya ini bukanlah banyak pengalaman. Kerjaya dalam bidang sumber manusia (HR) baru 13 tahun cuma. Sejak lima tahun yang lepas, saya mengawal selia pasukan pencarian calon pekerja a.k.a recruitment dan juga IR/ER.
Terkadang kita semua kena ingat, sumber manusia adalah manusia biasa. Mohon jangan hantar resume sependek bulu jagung. Susah kami nak faham apa yang anda ingin sampaikan.
Kekadang alamat pun guna short form. Gambar pula hitam putih atau gaya acah-acah peace tepi pantai yang lebih sesuai di letak dalam Facebook berbanding resume.
Tujuan resume dihantar adalah untuk membuatkan orang sumber manusia jatuh hati. Sila hantar gambar ukuran passport yang professional. Barulah HR sudi proses permohonan anda untuk ke peringkat seterusnya.
Alamat email juga seharusnya berbunyi professional seperti nama penuh yang dieja dengan huruf teratur. HR terkadang gelak bila tengok email penghantar resume.
Dengan tulisan besar keciknya siap letak email nama samaran seperti panglima macho, teruna kecewa, mawar berduri atau bulan terluka. Adoi, ini hantar resume cari kerja ke cari jodoh ya?
Alamat email melambangkan tahap profesional si penghantar juga. Kalau tengok resume pun HR dah rasa kelakar, confirm tak jatuh cinta pandang pertama kan?

3. Temuduga Adalah Sesi Dating Yang Penting

Saya mohon bagi sesiapa yang akan menghadiri temuduga, sila sikat rambut, pakai kasut bertutup dan jangan sesekali pakai jeans. Sebolehnya untuk lelaki pakai tali leher dan bagi wanita pula elakkan memakai pakaian terlalu berbunga-bunga macam ke rumah kenduri.
Mekap pula janganlah sampai di tahap artis. Jaga penampilan dan perlihatkan kesederhanaan. Pastikan datang seawal 15 minit sebelum sesi temuduga.
Selalunya HR bersama dengan Ketua Jabatan akan dipertanggungjawabkan untuk temuduga anda. Kurangkan bercakap dan dengar soalan dengan berhati-hati. Jangan lain yang ditanya, lain yang dijawab.
Sila jaga eye contact dan body language. Pastikan anda kawal perlakuan dan elakkan gelak yang berdekah-dekah. Pengalaman saya dulu, ada calon siap sendawa durian dalam bilik interview. Pengsan!

4. Jawapan Biar Logik

Seriously soalan-soalan biasa bakal membunuh anda di bilik temuduga jika tiada persediaan rapi. Persiapkan diri dengan bacaan isu semasa, website company dan sedikit kajian tentang tugasan kerja.
Pastikan anda mampu menjawab soalan contoh seperti:
i. Soalan: Apakah yang anda tahu tentang syarikat kami?
Jawapan: Beritahu mereka bahawa anda telah tengok website syarikat, bla..bla.. Kaitkan sedikit dengan isu semasa dan beberapa idea yang anda nampak sebagai peluang penyelesaian masalah.
ii. Soalan: Kenapa anda ingin bekerja di syarikat kami?
Jawapan: Jangan sebut pasal wang gaji semata-mata. Sebut tentang betapa hebatnya syarikat dan anda ingin menyumbang yang terbaik bagi memajukan syarikat. Mohon jangan syok sendiri cerita pasal kehebatan diri. Kang orang yang temuduga jawab “Ada aku kesah?” Dah tak pasal menangis dalam bilik itu.
iii. Soalan: Apakah matlamat kerjaya anda dalam tempoh lima tahun lagi?
Jawapan: Beritahu bahawa anda ini jenis setia dan malas nak tukar-tukar kerja. Anda harap dapat membangunkan diri bersama-sama syarikat. Jangan sesekali beritahu selepas lima tahun nak kahwin dan ikut suami ke Singapore atau lepas lima tahun nak bersara buat bisnes sendiri. Confirm tak dapat kerja!

5. Jangan Terlalu Demand

Jika kita ini memang superstar yang ada kemahiran tertentu dan memiliki pengalaman kerja yang menakjubkan, silakan saja demand pakej benefit dan gaji. Nak minta personal driver pun boleh.
Dalam konsep pengurusan di syarikat swasta, majikan tidak kisah berbelanja. Tapi pekerja perlu memastikan pulangan timbal balik dalam bentuk berganda kepada majikan.
Namun jika kita adalah fresh graduate yang ingin memulakan kerjaya, mohon terima saja dulu sebarang bayaran yang ditawarkan. Yang penting dapatkan pekerjaan dulu. Elakkan demand gaji, jangan demand bidang kerja, tidak sesekali demand persekitaran.
Pendek kata, mohon jangan demand apa-apa. Bila dah dapat kerja baru buktikan kemampuan anda. Kerja rajin-rajin, bina hubungan baik dengan rakan sepejabat, dekati bos untuk menimba ilmu dan minta peluang untuk lakukan tugasan yang lebih banyak.

6. Soft Skill Dan Kemahiran Komunikasi

Kita semua tahu, setiap hari masalah yang dihadapi di pejabat berbeza-beza. Walaupun kita ini jenis pembengis dan ‘makan kucing’, tapi di pejabat cuba bersikap profesional sehabis daya. Sentiasa kekalkan budi bahasa dan bersikap tenang-tenang saja.
Saya faham, terkadang anda ini jurutera muda yang mengejar dateline Pengurus. Tetiba operator selamba saja cuti tanpa memberi muka. Tenang-tenang ya.
Kalau perlu, tarik lengan baju dan relakan hati kerja di lapangan sementara cukup tenaga kerja. Bincanglah juga dengan Pengurus anda agar dapat penyelesaian yang lebih baik.
Percayalah, Pengurus anda pasti suka jika anda menunjukkan komitmen dan kemahiran penyelesaian masalah. Jangan sesekali merungut, berkira kerja dan tenaga.
Bagi anda yang bujang, jangan acah-acah nak balik on time dan melepak di mamak. Datang kerja sejam lebih awal dan balik kerja sejam lebih lewat.

7. Hargai Guru Anda

Bos ialah guru. Walaupun kekadang mereka cerewet dan bersikap pelik-pelik, terima sahaja dengan redha. Jangan takut atau benci Pengurus hingga menjauhkan diri. Itu strategi yang salah.
Cuba fikir, tentu Pengurus anda punya rahsia hingga membolehkan dia duduk di kerusi sana? Apa kata anda dekati bos anda, belajar dan lihat.
Kekadang benda kecil seperti cara bos bercakap telefon, membalas email dan menyemak dokumen juga memungkinkan anda menimba ilmu baru.
Seperti mana anda menghormati guru, hormati bos anda selayaknya. Jadilah orang kepercayaan bos. Apabila bos pergi bercuti, pastikan dia tidak risaukan urusan pejabat selagi ada anda.
Anda mestilah berkemampuan sebagai aset syarikat bagi mengambil alih tugas bos jika beliau tiada di pejabat. InsyaAllah apabila ada peluang kenaikan pangkat, pasti bos tidak berfikir dua kali untuk menamakan anda.
Jarang berlaku bos menamakan pekerja yang tidak disukai untuk naik pangkat. Jadi, pandai-pandailah berbaik dengan bos anda. Bagi sesiapa yang dapat bonus di awal tahun, jangan lupa tuliskan email kepada bos atas penghargaan syarikat kepada anda.
Ingat tau, ini bukan bodek, tapi ini adalah strategi pintar dalam kerjaya.
Ya, tiada jalan mudah untuk berjaya dalam kerjaya. Anda perlu bijak, kuat bekerja dan menjaga hubungan baik dengan semua individu dalam syarikat.
loading...

0 Response to "7 Tip Oleh Pengurus Sumber Manusia Ini Boleh Bantu Anda Dapat Pekerjaan.... Diharap cadangan di bawah membantu anda yang mulia."

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close