loading...
Amboi makin melampau permintaan wanita Malaysia sekarang. Perkahwinan dalam islam itu mudah. Hanya diwajibkan mahar sahaja. Jatuh ke maruah anda jika dapat duit hantaran murah??
Apakah ini cara seorang guru yang disanjung oleh masyarakat kerana profesionnya berbicara? Secara logiknya seorang guru pastilah akan mengeluarkan kata-kata atau pendapat yang berilmiah serta bernas tetapi ini tidak.
Berlaku dalam pendapat disuarakan individu menggunakan nama Cikgu Nur Wafidah Damia di laman Facebooknya.
Dalam status yang mencetuskan kontroversi, Cikgu Nur Wafidah mengeluarkan pendapatnya mengenai wang hantaran yang perlu diberikan kaum lelaki kepada wanita untuk mengahwini
mereka.
Menurutnya, wajib seseorang itu meminta hantaran yang tinggi daripada pihak lelaki, paling ‘koman’ pun RM18 ribu!
Amboi, memang muflis semua lelaki di Malaysia jika semua wanita ikut kata cikgu ini. Tak pun membujang sampai ke tua.
Tak tahulah pula kami kalau ini bukan cikgu ‘betul-betul’ tapi saja letak begitu pada pangkal namanya namun yang pasti, pendapat ini memang tak boleh pakai langsung
Akibat status ini juga, penulis yang tengah mencari calon isteri ni tiba-tiba terfikir, masih wujudkah cinta sejati antara perempuan dan lelaki atau yang wujud pada zaman sekarang cuma cinta perempuan kepada duit lelaki ?
Apa sahaja isunya, kepada lelaki yang ingin berkahwin di luar sana tu pandai-pandailah memilih pasangan. Jangan sampai tersangkut pada perempuan pisau cukur!
loading...
0 Response to "Wang Hantaran 35K Cikgu 'Pisau Cukur' Ini Jadi Viral Di Laman Sosial,..wah !!! sedapnya AYAT ko yer..' LELAKI YANG KEJE GAJI RENDAH HALAU DIA DAN JANGAN BUAT KEKASIH'"
Post a Comment