Tidak Perlu Lagi ‘Save’ Nombor Semata-Mata Hanya Untuk WhatsApp, Anda Boleh Terus WhatsApp Dengan Menggunakan Cara Ini

loading...


Jika dilihat memang ramai di antara peniaga atas talian yang membuat iklan mereka menerusi Facebook, atau laman media sosial yang lain, dan kebanyakan dari mereka akan meminta kita untuk PM mereka dalam mendapatkan harga, dan ‘details’ apa yang mereka jual.

Tapi, ada juga yang mana memberikan nombor WhatsApp mereka, dan ia sedikit sebanyak membuatkan kita terpaksa menyimpan nombor peniaga tersebut untuk WhatsApp mereka.

Bukan semua yang berminat untuk ‘save’ nombor peniaga ini, bukan apa, kita bukanlah betul-betul berminat, atau ingin beli barang tersebut dengan secepat mungkin, jadi nanti ruangan dalam ‘contact’ jadi banyak pula.

Untuk mengelakkan kita perlu ‘save’ nombor, tetapi masih boleh WhatsApp seseorang itu, saudari Badariyatul Munirah Zulkifli telah kongsikan cara yang boleh anda lakukan, jom kita tengok macam mana caranya itu.


Malas Betul Nak Simpan Nombor 

Apa kecoh-kecoh ni? Malas apa ni? Malas nak simpan nombor? Nombor apa ni?

Bertenang..bertenang..pernah tak korang alami benda ni? Situasi pertama, tengah scroll facebook tiba-tiba nampak ada orang jual barang..korang berkenan sangat. Peniaga pula tak letak harga..terus korang tertanya-tanya.

"Ala..berapa ringgit eh? Suruh dia pm la kan.."

Korang pun komen "PM". Tapi peniaga tersebut balas "sila whatsapp kami di 012-3456789." Adudududu..korang tiba-tiba rasa tak jadi la nak beli sebab malas nak simpan nombor peniaga tu. Tambah pula korang tak terdesak pun untuk beli barang tu, cuma memenuhi nafsu kecil je nak barang baru..hehehehehe.

Atau pun situasi kedua, ini untuk para peniaga kebiasaannya. Korang up status banyak kali di fb sepanjang hari..tapi tiada pun yang whatsapp korang tanya barang. Kenapa eh? Takpe..takpe..saya nak share sesuatu.

Mulai sekarang, letakkan link di posting anda supaya customer mudah untuk terus berhubung dengan anda tanpa perlu ada peringkat menyimpan nombor telefon, sebab rasa malasnya nak simpan..hehehe.

Taip www.wasap.my/no telefon anda, sebagai contoh, cuba anda klik link di bawah dan anda akan terus dapat berhubung dengan saya.

www.wasap.my/6019xxxxxx

Senang kan? Kini semua menjadi lebih mudah. Orang malas pun dah tiada masalah lagi..hehe. Share posting ini jika korang rasanya ianya bermanfaat buat anda.

Tapi, perlu diingat, WhatsApp anda haruslah di ‘update’ terlebih dahulu untuk membolehkan anda mencuba cara ini, kalau tak ‘update’ tak boleh lah.
loading...

0 Response to "Tidak Perlu Lagi ‘Save’ Nombor Semata-Mata Hanya Untuk WhatsApp, Anda Boleh Terus WhatsApp Dengan Menggunakan Cara Ini"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close