Pesakit Kanser 260kg 'Terperangkap' Di Hospital Kerana Rumah Sempit ,.Paul Humphrey sudah 30 minggu berada di hospital kerana rumahnya terlalu kecil, selain tidak mempunyai katil khas bagi menempatkannya.

loading...



SEORANG pesakit kanser terpaksa tinggal di hospital lebih enam bulan kerana kediamannya tidak cukup besar untuk memuatkan dirinya dengan berat 260 kilogram.
Paul Humphrey sudah 30 minggu berada di hospital kerana rumahnya terlalu kecil, selain tidak mempunyai katil khas bagi menempatkannya.
Susulan itu, ibunya Linda telah meminta pertimbangan pemilik kediaman di Grimsby, Lincolnshire jika dia dapat menanggalkan salah satu tingkap bagi menempatkan katil khas untuk anak lelakinya.
Ibu kepada pesakit berusia 37 tahun itu juga merayu kepada persatuan perumahan untuk mendapatkan kediaman yang lebih sesuai untuk merawat anak bongsunya itu.
"Saya hanya mahu anak saya selesa dan dapat meneruskan kehidupan di rumah sebelum dia meninggal dunia. Saya tidak mahu dia mati di hospital," katanya.
Paul yang menghidap kanser zakar kini telah kehilangan alat kelaminya itu.
Lelaki yang pernah bekerja untuk menyara keluargannya itu dimasukkan ke hospital Ogos lalu dan ketika itu beratnya mencecah 290 kg dan kini menurun kepada 266 kg.
Penyakitnya dikesan selepas mengalami jangkitan pada kaki dan biopsi yang dilakukan mengesahkan dia menghidap kanser zakar.- Dailymail



loading...

0 Response to " Pesakit Kanser 260kg 'Terperangkap' Di Hospital Kerana Rumah Sempit ,.Paul Humphrey sudah 30 minggu berada di hospital kerana rumahnya terlalu kecil, selain tidak mempunyai katil khas bagi menempatkannya. "

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close