Bapa Jadi Pemandu Teksi Dengan Harapan Dapat Temui Semula Anak Perempuannya Yang Hilang 23 Tahun Lalu

loading...


Dua tahun lalu, seorang bapa bertukar kerjaya sebagai pemandu teksi, dengan harapan kerja barunya itu dapat membantu untuk mengesan anak perempuannya yang hilang.

Anak perempuan Wang Mingqing hilang 23 tahun lalu ketika berusia 3 tahun.

Menurut Wang, anaknya itu hilang semasa dia dan isteri sedang menjual buah-buahan di jalanan. Ketika sedang menguruskan ramai pelanggan, mereka dapati anak perempuan mereka tiba-tiba lesap.

Selepas itu, Wang menghubungi pihak polis, menampal poster orang hilang di jalanan dan mula mencari di rumah kanak-kanak dan hospital namun semua itu gagal.

Akhirnya, pada 2015, Wang terfikir kerjaya sebagai pemandu teksi mungkin akan meningkatkan peluangnya untuk berjumpa semula dengan anak perempuannya.

Sejak dua tahun menjadi pemandu teksi, Wang berkata dia sudah menceritakan hampir kepada 5,000 orang tentang anaknya dan dalam masa yang sama memberi kad informasi kepada setiap mereka untuk butiran lanjut.



Wang berharap, satu hari nanti akan ada seseorang yang mengetahui atau mengingati tentang anaknya. Setakat ini, usahanya itu masih belum membuahkan hasil.

"Harapan terbesar saya sekarang adalah suatu hari nanti anak saya akan duduk di dalam kereta ini dan menjerit: "Ayah!!", kata Wang.



Ketika wartawan memberikan peluang untuk Wang memberi ucapan kepada anaknya, dia berkata: "Ayah minta maaf, ayah ini tidak menjalankan tanggungjawab sebagai sebagai seorang ayah," katanya sedih.

Biarpun sudah lebih dua dekad anaknya hilang, Wang masih belum berputus asa.
loading...

0 Response to "Bapa Jadi Pemandu Teksi Dengan Harapan Dapat Temui Semula Anak Perempuannya Yang Hilang 23 Tahun Lalu"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close