MEMANG tak ada HATI PERUT diaorang ni..Myanmar Cuba Usir Semua Etnik Rohingya - Pakar PBB

loading...


YANGON: Kerajaan Myanmar dipercayai cuba mengusir semua etnik Islam Rohingya dari negara itu, sekali gus mencabuli hak asasi manusia masyarakat minoriti tersebut, kata seorang pakar kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Wakil khas hak asasi manusia PBB di Myanmar, Yanghee Lee berkata, pengusiran secara keseluruhan merupakan satu penindasan dan keganasan terhadap etnik Rohingya.
Jelas beliau kepada majlis hak asasi manusia PBB, sejumlah bukti menunjukkan tindakan kerajaan cuba untuk menghalau masyarakat minoriti itu dari negara berkenaan.
Beliau berkata demikian susulan operasi ketenteraan terhadap etnik Rohingya sejak Oktober lalu di utara Rakhine ekoran serangan kumpulan militan ke atas pusat kawalan di sempadan.
Siasatan PBB juga mendapati semasa operasi tersebut, wanita Rohingya dirogol oleh tentera Myanmar manakala bayi dibunuh dengan kejam.
Lee menyuarakan cadangan kepada majlis hak asasi tersebut agar menubuhkan siasatan tahap tertinggi PBB iaitu Suruhanjaya Siasatan (COI) bagi menyiasat kes penindasan yang berlaku pada 2012 dan 2014.
Suruhanjaya tersebut boleh ditubuhkan sebelum sesi persidangan majlis hak asasi manusia berakhir pada hujung bulan ini.
Namun cadangan Lee masih belum mendapat sokongan negara utama tersebut Kesatuan Eropah ekoran bimbang siasatan PBB akan menggugat kemajuan demokrasi yang dicapai oleh Myanmar.

loading...

0 Response to "MEMANG tak ada HATI PERUT diaorang ni..Myanmar Cuba Usir Semua Etnik Rohingya - Pakar PBB "

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close