Lelaki ini Terselamat Selepas Melompat Atas Bonet Kereta Apabila Sedar Tak Punyai Masa Untuk Mengelak Dari Dilanggar

loading...


Selepas menyedari dia tiada masa untuk mengelak, tindakan pantas dari lelaki dari daerah Yinzhou, Bingbo City melompat atas bonet kereta berjaya menyelamatkannya dari mengalami luka parah akibat dilanggar.

Dalam kejadian pada 20 Februari itu, lelaki berkenaan sedang berjalan di lintasan zebra sebelum sebuah kereta memacu laju ke arahnya.

Dia, yang pada awalnya kelihatan tenang, terkejut besar apabila melihat kenderaan itu sudah berada di jarak yang hampir.

Menurut Shanghaidaily, lelaki terbabit menyangka kereta terbabit akan memperlahankan kelajuan untuk memberi ruang kepadanya melintas. Namun sangkaan itu meleset sama sekali.

Ketika kereta berkenaan sudah berada beberapa meter darinya, dia sedar yang dia hanya mempunyai satu pilihan - melompat ke atas bonet. Hasilnya, dia hanya mengalami luka ringan sahaja.



Polis berkata pemandu kereta berkenaan didapati bersalah kerana tidak memperlahankan kenderaan di lintasan zebra bagi memberi laluan kepada pejalan kaki melintas.











loading...

0 Response to "Lelaki ini Terselamat Selepas Melompat Atas Bonet Kereta Apabila Sedar Tak Punyai Masa Untuk Mengelak Dari Dilanggar"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close